Alhamdulillah, hari ini 29 Oktober pukul 3 ptg, aku telah menghadiri mesyuarat terakhir bagi tahun 2012, bila dihitung harinya, sudah hampir 3 tahun aku mengajar di SMK Agama Igan, banyak perkara yang telah aku belajar di sekolah ini, rupa2 betullah kata orang, pengalaman tidak dapat dibeli di mana-mana kedai atau pasar raya…aku banyak belajar erti kehidupan sebagai seorang guru, seorang SU bagi panitia, seorang sahabat, penolong ketua rumah sukan, guru kelas, seorang jiran, seorang politician, seorang pekerja di bawah ketua jabatan dan sebagainya…syukur aku kepada Allah s.w.t kerana banyak mengajar aku menjadi seorang hamba yang bersyukur…setiap masa aku berdoa kepada Allah supaya menjadikan aku seorang guru yang hebat di sisi MU ya Allah….aku bukanlah seorang yang pandai bermadah pujangga…hari ini, mesyuarat yang dipengerusi oleh Puan Pengetua yang aku anggap ibuku sendiri…Ustazah Noriah Haron…terima kasih kerana selalu mengajar dan membimbingku…terima kasih jugak kepada sahabat2ku di SMKAI ini, lebih2 lagi Ustaz JOe kerana selalu menjadi mentor ku…aku tahu aku insan yang lemah…tapi aku yakin suatu hari nanti aku akan menjadi seorang insan yang hebat di sisiMU….semoga mesyuarat akhir ini mengajar aku supaya menjadi GURU yang HEBAT buat masa2 yang mendatang🙂

PUSaT sUMBER SMKAI

Assalamualaikum…sudah lama tidak post apa2, hampir satu tahun dah.hehe..Doakan saya pada 27 NOV 2012, insyaAllah saya perlu membentangkan tesis saya di Bangi,UKM…pembentangan ini antara syarat Pusat Kembangan Pendidikan, UKM bagi prasyarat tesis saya…Mudah-mudahan saya berjaya menyiapkan tesis ini dengan jayanya…Amin

 

POSTER kolokium 2012[2]

pamplet[1]

Salam…sebelum bermula cuti baru ini, alhamdulilah aku sudah siap semak soalan untuk para pelajar aku…1A2, 3A2, 4A2 dan 4S1…dan ada lebih kurang 15 kertas lagi yang belum aku semak….seronok dapat bercuti tanpa menyemak kertas :0)….insyaAllah…..ada 15 kertas lagi yang perlu aku siapkan…itulah tugas lazim bagi seorang guru selepas exam….musim peperiksaan adalah minggu yang menyeronokkan sebelum cuti..tetapi yang sengsara ialah menyemak kertas jawapan esei yang berlambak-lambak…..seperti subjek pendidikan islam atau syariah….dalam menyemak subjek syariah, kita memerlukan pembacaan yang baik..ini kerana jawapan mengikut kemunasabahan yang dijawab oleh pelajar…setelah bercuti selama 2 minggu, banyak pengalaman dan kenangan yang aku dapat, antaranya kenduri adik aku asiah yang telah berkahwin….pergi ke thailand…melawat tok sepupu yang nazak di sana…dan macam2 lagi…walaupun aku seorang guru yang penuh dengan tugas…tapi aku tidak terlepas dari tanggungjawab sebagai seorang anak, cucu dan abang kepada adik-adik aku…tapi apepun aku bersyukur kerana dilahirkan sebagai guru…dan aku sangat merindui pelajar-pelajar aku di sekolah….tunggu ustaz besok ek:) SeLaMaT KeMbAli Ke sEkOLaH:0)

Salam kepada  para sahabat sekalian…lama sudah aku tidak update blog ini….kira-kira hampir setahun tak update….gurumalaysia2020 Return:) semacam Batman Return..hehe…banyak perkara yang aku ingin cerita kat kawan-kawan semua:0) ada suka, ada duka..huhu..insyaAllah nanti aku ceritakan….aku sebagai guru tidak terlepas dengan pelbagai kerenah pelajar dan pengurusan sekolah…tapi itulah seorang guru…yang menjadi seperti sebatang lilin…membakar bagi menyinari kepada orang lain:”(….di sini aku ingin berkongsi beberapa video hasil dari kreativiti pelajar2 aku dalam mencipta lagu bahasa arab di SMKAI…semoga pelajar2 aku minat dengan bahasa arab:

Kepada sahabat-sahabat semua, Doakan aku supaya tercapai hasrat aku untuk menyambung master UKM… alhamdulilah aku telah selesaikan semua proposal dan borang kemasukan ke UKM peringkat sarjana syariah hari jumaat baru ni….tajuk proposal aku ialah” Perkembangan Islam di Igan, Sarawak”…dah lama hasrat aku untuk menyambung master…tapi tak tahula tercapai ke tidak….baru je pos baru ni…harap-harap dapat diterima proposal aku tu…untuk makluman sahabat2, macam2 ujian yang perlu aku tempuhi sehingga sekarang…..nanti aku akan cerita lagi dari mula2 hingga akhir…….aku perlu solat dulu sekarang…bersambung selepas ini….tungggggggu🙂

Bertemu lagi…..

Posted: July 17, 2010 in Uncategorized

Salam sahabat sekalian…terlebih dahulu aku ingin mohon banyak2 kemaafan kerana sudah lama tak update blog aku ini…maklumla sibuk sikit sekarang ini….banyak perkara yang ingin aku ceritakan kepada sahabat-sahabat sekalian…semakin hari aku begitu merasai kenikmatan sebagai guru..aku seronok mengajar bahasa arab…cuba sahabat bayangkan kalau para sahabat dinanti-nantikan oleh para murid kalian sendiri setiap hari…budak-budak 1A2 yang aku ajar sekarang ini cukup agresif ingin bercakap arab dan selalu menanti aku untuk menyoal mereka…aku begitu sayang dia orang…aku tidak sayang duit aku ni dihabiskan untuk dia orang…

Begitu juga dengan kelas 2A3…terdapat seorang pelajar aku..nama dia harith zakwan..seorang pelajar yang cukup tidak berminat dengan bahasa arab…dia seorang pelajar yang sangat lemah..aku selalu menasihati dia…sampai berbuih mulut dan habis segala cara aku untuk memikat dia belajar bahasa arab…sehingga ada satu hari tu aku hampir fed up dan berazam tak nak tegur dia..tapi tak lama selepas itu..baru aku sedar..aku tak boleh bersikap sedemikian sebagai seorang guru…aku bertekad ingin mengubah sikap dia suatu hari nanti…alhamdulilah 2 atau 3hari lepas, aku telah nampak perubahan sikap dia yang semakin berminat dengan bahasa arab..syukur kepada Mu Ya Allah..aku ikhlas ingin mendidik pelajar2 aku supaya berjaya dalam pelajaran dia orang lebih2 lagi dalam bahasa arab…

Di sini aku telah belajar satu perkara penting…sebagai seorang guru..kita mesti selalu bersabar dan jangan mudah putus asa..teruskan usaha kita bagi membentuk anak didik kita berjaya dalam hidup mereka…tidak ada perkara yang tidak boleh diubah…kecuali kita sentiasa terus berusaha dengan cita-cita kita dalam mendidik anak bangsa seagama…dan setiap pelajar yang nakal itu jangan disangka tidak boleh diubah  tapi ia memerlukan sedikit usaha dan pengorbanan….teruskan usaha…cayok cayok :o)