Kelab Rukunegara kepada Kelab Setia

Posted: January 30, 2010 in Uncategorized

Salam…..sori kawan-kawan, dah 3  hari aku tak update blog aku ni…maklumlah tak sempat…huhuhu…2 hari lepas aku telah ke Mukah….kami berempat ke sana….aku telah minta kebenaran dengan PK 1 untuk keluar ke Mukah bagi menyelesaikan cop suruhanjaya sumpah bagi borang yang kami dapat…pakcik safie, pemandu van sekolah yang bawa kami ke sana, nak ke sana, ia memakan masa selama 40minit baru sampai…sampai je kat sana…semua pegawai daerah ke Bandar Sibu…mujurlah kami ke mahkamah, tapi apabila sampai kat sana…pesuruhjaya sumpah tu lak pergi ambik anaknya di tadika….aduh, besar sungguh ujian Allah kepada kami…sampai-sampai je kat Bangunan Pehin, semua pegawai ke bandar sibu…pergi ke mahkamah lak, pegawai tu lak keluar…huhu.tapi alhamdulilah…semua urusan tu telah dapat kami siapkan…petang hari tu, aku kene mempengerusikan kelab aku…

Sampai je kat sekolah, aku diberitahu oleh cikgu Faridah…kelab rukunnegara itu telah dibubarkan…ia diganti dengan Kelab Setia…terkejut juga aku…sepatutnya bagitahu lah aku semalam ke….dah la aku siapkan semua perkara berkaitan rukun negara…itulah ujian aku sebagai seorang guru..bertindak mengikut arahan…mujur la ada jugak bahan-bahan berkaitan kelab setia diberikan kepada aku….alhamdulilah, segala perlantikan jawatankuasa penting kelab, peraturan-peraturan dan perbincangan aktiviti tahunan telah dapat aku selesaikan….aku rasa setakat tu dulu cerita aku…insyaAllah akan aku sambung kembali cerita aku ni….apa yang dapat aku simpulkan di sini….segala tugas yang diberikan kepada kita…lakukanlah ia dengan sebaik mungkin…semua  ini adalah  untuk mengajar kita bagamana untuk menguruskan sesebuah organisasi….i like to do it as best as i can…tak tahula betul ke tak bahasa inggeris aku ni..janji sampa maksud….hehehe

Comments
  1. Salam..aku seronok menjadi Seorang Guru…:-)

  2. ibnuziyad_12 says:

    ‘ as good as i can’ kot yg betulnya.haha..menarik jg cerita tu…kl buat travelog ok jg ni.

Leave a comment